Hi Guys. Saya sekarang telahpun memasuki dunia kamera setelah sekian lama mengiginkan untuk membeli sebuah kamera digital. Kali ini saya membeli kamera digital adalah untuk persiapan ke luar negara sekali lagi setelah mengalami kesulitan dalam mengambil gambar di Indonesia baru-baru ini. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Saya tidak mempunyai sebarang basic dalam menggunakan kamera digital DSLR tetapi dengan tidak alang-alang, saya membeli sebuah kamera digital yang intermediate. Ramai orang Suggest untuk belikan yang basic sahaja tetapi saya mengambil tindakan sedemikian kerana pada masa akan datang mungkin saya juga akan menjadi seorang juru gambar yang agak sedikit mahir menggunakan kamera digital.
Kali ini saya menggunakan kamera digital Canon EOS D60. Pada mulanya, saya ingin menggunakan kamera digital Nikon. Tetapi kilang Nikon telah banjir di Thailand, sehingga menyebabkan stock pengeluaran terhenti, saya akhirnya mengambil tindakan terdesak untuk menjadi pengguna Canon. Not Bad lah menggunakan Canon EOS D60.
Categories:
blog
terdesak???haha...u try 60d first k wandy...u will be amaze with the power of 60D, aku pn guna beginner kamera je..=)..selamat berfotografi..kamera is just a tool...senang2 kita outing nanti dgn haziq n yg lain...=)